Pages

Wednesday, 6 August 2014

Setelah Ramadhan

Kita perlu bertanya pada diri sendiri - adakah Ramadhan dapat membentuk diri menjadi insan yang lebih baik? Bagaimana jawaban anda?

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman sewaktu perjalanan saya pulang ke Dungun pada hari Sabtu sebelum Aidilfitri tempoh hari. Oleh kerana jalan di MRR2 sesak teruk sehinggalah ke tol Bentong sepanjang lebuhraya pantai timur (LPT), saya dan isteri mengambil keputusan untuk mengikut jalan Gombak lama. Kami bertolak dari rumah di Cheras pada lebih kurang pukul 8.20 pagi mengikut jalan Gombak lama, dan masuk semula ke LPT melalui MRSM Bentong pada lebih kurang pukul 10.00 pagi.

Ada satu simpang tiga berhampiran pekan Bentong untuk masuk LPT, tetapi tiada lampu isyarat. Saya dapat melihat deretan kereta yang begitu panjang di LPT untuk masuk ke pekan Bentong. Saya memberikan laluan untuk sebuah kereta melepasi simpang tiga tersebut sebelum saya masuk ke laluan itu. Saya meneka kereta-kereta di belakang saya akan berbuat begitu - satu kereta akan memberi laluan untuk satu kereta dari simpang yang lain. Seolah-olah kita bergilir-gilir disebabkan tiada lampu isyarat di simpang tiga tersebut. Jangkaan saya salah. Hampir semua kereta di belakang saya terus memecut untuk masuk ke simpang tersebut tanpa mempedulikan deretan kereta yang panjang dari arah LPT untuk masuk ke simpang itu untuk ke Bentong.

Apa sudah jadi? Kenapa kita tak boleh bertolak-ansur, menolong orang lain dan bersabar? Bukankah itu sepatutnya peribadi yang kita dapat bentuk dalam meniti bulan Ramadhan? Atau pun mungkin puasa kita hanyalah menahan lapar dan dahaga sahaja?

Sekiranya anda berada di dalam deretan panjang dari jalan LPT tersebut, apa perasaan anda?

No comments:

Post a Comment