Pages

Wednesday, 7 November 2012

Pokok nangka

Susah nak percaya kalau aku kata aku tiada pengalaman dalam menanam pokok dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Sewaktu aku kecil dahulu, aku pasti akan mengikut ayah (aku panggil bapak) ke kebun setiap kali waktu cuti sekolah. Bapak akan membawa kami 3 beradik untuk menebas lalang di 3 buah dusun utamanya. Lokasinya biarlah rahsia dulu.

Cara pertama yang aku buat - menebas menggunakan parang panjang. Agak letih cara ini. Cara yang agak santai - ambil kayu yang lebih kurang 1 meter panjang dan 10 cm lebar, letakkan dipangkal lalang dan pijak sehingga lalang tu rebah. Selepas itu boleh gerakkan saja kayu itu menggunakan kaki ke depan dan ulang.

Kadang-kadang bapak akan menyuruh aku membuat lubang untuk menanam pokok durian. Aku akan korek lubang menggunakan pencebak, cukup untuk memuatkan pokok anak durian. Selepas itu aku masukkan anak pokok durian dan tutup semula lubang yang tinggal dengan tanah yang aku korek tadi. Begitulah rutin kami hampir setiap musim cuti sekolah. Jarang benar dapat berjalan ke sana ke mari.

Tapi, aku tak pernah tau apa perkembangan pokok yang aku tanam di kebun bapak. Sekarang bila aku ada rumah sendiri, aku pun cuba juga menanam pokok nangka madu.  Ini langkah-langkah yang aku ambil lebih kurang 2 tahun lepas:
1. Korek lubang.
2. Letak anak pokok dalam lubang.
3. Kambus lubang dengan tanah.
4. Letak baja.
5. Siram air.

Tapi aku hairan, pokok nangka aku lambat juga nak tinggi. Sehinggalah satu hari bila aku ke Taman Agro Warisan di Putrajaya, aku tengok pekerja di situ membersihkan lalang, rumput atau apa juga tumbuhan yang tumbuh di keliling pangkal pokok. Yang ini, aku tak pernah buat. Tak pernah pun terlintas di kepala aku  untuk jaga pokok nangka aku tu sampai macam ini. Balik dari Putrajaya, aku terus cabut lalang dan rumput-rumput keliling pokok nangka aku tu, dan selepas sebulan, banyak daun baru tumbuh.

Laa, macam ini rupanya. Dan yang ini aku tak pernah buat di kebun bapak.


Inilah rupa pokok nangkaku yang berumur lebih kurang 2 tahun

Keliling dia mesti bersih macam ni, baru la menjadi. Pengalaman, pengalaman.



Meja makan sudah retak.

Aku memang minat perabot kayu. Meja makan,  coffee table, etc, banyak  yang aku cari 'design' sendiri dan beri pada tukang kayu untuk buat.

Meja makan aku ni dibuat dari kayu sekeping (bukan kayu sambung) yang agak lebar, panjang dan tebal. Agak susah juga nak cari pokok yang besar nak buat meja untuk saiz ini.


Tetapi, setelah lebih kurang 1 tahun, ada retak di tengah-tengah meja. 




Jadi aku biarkan retak ni membesar dulu (ni dah masuk setahun) sebelum panggil tukang untuk betulkan semula.

Ini mungkin kayu yang belum cukup matang untuk dijadikan perabot - masih belum kering dengan sempurna.

Zaman dulu, pokok yang baru ditebang akan disimpan dulu untuk dikeringkan. Ada yang dibiar 1 tahun, 2 tahun, dan sebagainya, bergantung pada jenis kayu. Ada juga orang yang simpan kayu dalam kepok tempat simpan beras - mengambil semangat padi katanya.

Sekarang ni, nampaknya tengok nasib. Kalau dapat kayu tua yang sudah kering, dah kira bernasib baik.

InsyaAllah dalam bulan ni akan dibetulkan.