Susah nak percaya kalau aku kata aku tiada pengalaman dalam menanam pokok dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Sewaktu aku kecil dahulu, aku pasti akan mengikut ayah (aku panggil bapak) ke kebun setiap kali waktu cuti sekolah. Bapak akan membawa kami 3 beradik untuk menebas lalang di 3 buah dusun utamanya. Lokasinya biarlah rahsia dulu.
Cara pertama yang aku buat - menebas menggunakan parang panjang. Agak letih cara ini. Cara yang agak santai - ambil kayu yang lebih kurang 1 meter panjang dan 10 cm lebar, letakkan dipangkal lalang dan pijak sehingga lalang tu rebah. Selepas itu boleh gerakkan saja kayu itu menggunakan kaki ke depan dan ulang.
Kadang-kadang bapak akan menyuruh aku membuat lubang untuk menanam pokok durian. Aku akan korek lubang menggunakan pencebak, cukup untuk memuatkan pokok anak durian. Selepas itu aku masukkan anak pokok durian dan tutup semula lubang yang tinggal dengan tanah yang aku korek tadi. Begitulah rutin kami hampir setiap musim cuti sekolah. Jarang benar dapat berjalan ke sana ke mari.
Tapi, aku tak pernah tau apa perkembangan pokok yang aku tanam di kebun bapak. Sekarang bila aku ada rumah sendiri, aku pun cuba juga menanam pokok nangka madu. Ini langkah-langkah yang aku ambil lebih kurang 2 tahun lepas:
1. Korek lubang.
2. Letak anak pokok dalam lubang.
3. Kambus lubang dengan tanah.
4. Letak baja.
5. Siram air.
Tapi aku hairan, pokok nangka aku lambat juga nak tinggi. Sehinggalah satu hari bila aku ke Taman Agro Warisan di Putrajaya, aku tengok pekerja di situ membersihkan lalang, rumput atau apa juga tumbuhan yang tumbuh di keliling pangkal pokok. Yang ini, aku tak pernah buat. Tak pernah pun terlintas di kepala aku untuk jaga pokok nangka aku tu sampai macam ini. Balik dari Putrajaya, aku terus cabut lalang dan rumput-rumput keliling pokok nangka aku tu, dan selepas sebulan, banyak daun baru tumbuh.
Laa, macam ini rupanya. Dan yang ini aku tak pernah buat di kebun bapak.
Inilah rupa pokok nangkaku yang berumur lebih kurang 2 tahun
Keliling dia mesti bersih macam ni, baru la menjadi. Pengalaman, pengalaman.
pengalaman... pengalaman...
ReplyDeletehe he heee...
kalo rumput penuh, pokok 'lemas' bro
tu pasai dia lambat nak membesar ;)
Tak pe dalam dunia ni kita selalu belajar sesuatu yang baru. dalam gambar atas tu biji getah ya dalam balang kaca.
ReplyDeleteEN. SAPient (jawapan dari soalan dari blog En. Shaiful Hizam aka Carambola bee farm),
ReplyDeleteWSM. Setiu Wetland (malah sepanjang pesisir pantai/tanah BRIS Terengganu) memang semulajadinya dipenuhi oleh oleh beratus ekar pokok gelam. Jika kena waktu puncak i.e pokok gelam "full bloom" insyaallah dapat madu 'monocrop' dari pokok gelam. Itu yang unik!